Friday, May 27, 2016

UJIAN MEDSI


Ujian Medsi ialah  ujian yang bakal dihadapi oleh calon-calon bakal guru di Malaysia  , jika lulus ujian Medsi yang mengandungi 300 soalan maka calon layak dipanggil temuduga pendidikan . 300 soalan Medsi perlulah dijawab dalam masa 1 jam sahaja,  tetapi masa menjawab mungkin berubah bergantung pada dasar peperiksaan .

Dalam masa 1 jam sudah semestinya setiap saat yang berlalu bagaikan mutiara , jadi calon mestilah harus tidak membazirkan masa walau sedetik kerana jika terlalai maka masa depan calon akan berubah kerana dalam hal sebegini ujian ini merupakan antara yang memainkan peranan terpenting dalam kahidupan jadi berjuanglah bagai seorang pejuang di medan perang tanpa rasa takut dan penuh semangat keguruan berhadapan dengan setiap soalan kerana setiap soalan yang bakal diterima oleh calon akan menilai-

i)   Persoanaliti
ii)  Minat kerjaya
iii) Intergriti
iv) Kecerdasan emosi


Soalan Medsi dipecahkan mengikut
4 item , oleh itu setiap item mempunyai soalan yang berbeza yang bakal diajukan tetapi secara asanya masih berkaitan dengan prospek kerjaya seorang guru .


Item pertama dan kedua mempunyai pilihan jawapan Setuju & Tidak setuju sahaja .
Item ketiga dan keempat mempunyai pilihan jawapan Sangat tidak setuju , Tidak setuju , Setuju dan Sangat setuju .

Untuk menjawab item soalan 4 pilihan jawapan , calon perlulah mencari penegasan dan penekanan dalam setiap soalan dan haruslah menjawab berdasarkan ciri-ciri seorang guru .

Pada masa kini , buku rujukan ujian Medsi telah menjadi antara buku  yang sangat terhad didapati di pasaran atas pelbagai faktor . Malah kedai-kedai buku terkemuka di Malaysia turut kurang menjual buku tersebut atau tidak lagi meminta stok baharu khususnya di bandar besar yang menjadi tumpuan calon Medsi . Oleh itu , hanya beberapa buah kedai buku yang kurang menjadi tumpuan calon Medsi di Malaysia mungkin masih menjual buku tersebut tetapi berformatkan versi lama yang masih boleh dijadikan rujukan asas . Hal ini menunjukkan jika anda mempunyai buku Medsi khususnya yang mempunyai 2 set soalan maka hargailah buku tersebut kerana ia  boleh dijadikan rujukan buat diri sendiri mahupun generasi akan datang untuk mengahdapi ujian Medsi .


TIPS menjawab ujian medsi

1) Yakin sebagai seorang guru
2) Sentiasa jujur dalam setiap kondisi
3) Jangan tipu
4) Pandai membaca/menganalisis soalan yang bersifat tipu helah 

Tuesday, November 25, 2014

SELOKA PANDAI PAK PANDIR


definisi, ciri, fungsi seloka [+]=
Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.
Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif.

SELOKA PANDAI PAK PANDIR 

Anak dipijak dagang dijunjung
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis badan tergadai!
Mendengar gelegak dagang,
Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkok onak
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga yang menanggung..
Apa didengar gelagak dagang?
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram.
Kilat memancar hujan tak lalu..
Awak juga kecundangan

seloka P.P.P lebih menujukkan kepada audiens tentang sikap masyarakat pada masa lampau[KEMUNGKINAN MASA PENULIS MENCIPTA SELOKA TERSEBUT]

seloka P.P.P BERBENTUK,BERCIRIKAN,BERSIFATKAN, (+)
=

  • 1 rangkap
  • 17 baris
  • 3 hingga 5 perkataan dalam setiap baris
  • 7 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • seloka- berbentuk bebas
  • rima akhir bebas
  • mempunyai jeda(hentian seketika) dalam setiap baris
  • mempunyai nada sindiran

    (+)
     SETIAP PERKARA DI ATAS MESTILAH DISERTAKAN DENGAN CONTOH YANG DIAMBIL DARI SELOKA TERSEBUT SEBULA-BULAT.

    ((++))-->
    BERKEMUNGKINAN BESAR MPM TIDAK BERTANYAKAN PERKARA TERSEBUT TETAPI HANYA MEMBERI FOKUS PADA PENGETAHUAN AM PELAJAR :::--> 

    1]apakah yang perlu dibuat bagi mengelakkan diri daripada menjadi seperti P.P
    2]apakah kebaikan mengelkkan diri daripada bersikap seperti P.P
    3]DAN LAIN-LAIN SOALAN YANG TERBUKA...

    gambaran masyarakat=1. menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat  yang bersikap negatif2.Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain3.Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain4.Mereka tidak mampu hidup bebas dan melaksanakan kerja tanpa dikongkong5.Masyarakat yang suka cakap besar(+) perlu naytakan contoh

    GAYA BAHASA

    1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing.
    2. Anafora. Contohnya : Orang berbunga dia berbunga. Orang berbuah dia haram
    3. Sinkof. Contohnya : tak sedar bertelanjang. 
    4. Peribahasa .Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
    5. Paradoks. Contohnya: kucing diburu tikus dibela 
    6. Repitasi. Contohnya. orang berbunga dia berbunga
    7. Asonasi. Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokul u) 
    8. Aliterasi. Contohnya : mendengar gelagak dagang (pergulagan konsonan g)

    PERSOALAN(+)-->PERSOALAN ADALAH PERKARA YANG HAMPIR SAMA DENGA GAMBARAN MASYARAKAT

    PENGAJARAN

    .
    1. Kita hendaklah sentiasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah.
    2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti
    3. Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana kesilapan akan merugikan diri sendiri.
    4. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang manis kerana di sebalik kata-kata yang manis itu,lazimnya tersembunyi niat yang jahat.
    (+)
    masukan contoh


    (+) -->setiap  yang bertanda ini(+) sila ambil perhatian dan jangan terlalu fokus pada teks semata-mata tetapi perlu lebih umum dan tengok-tengokan soalan besifat terbuka seperti yang dinyatakan.

SEJARAH SENI LUKIS DUNIA


ALIRAN IMPRESIONISME    







     
  1. Seni lukis adalah salah satu cabang dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang sama, seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih utuh dari menggambar

  • ALIRAN RENAISANS=aliran renaisan bermula pada tahun 1300-1600M

     ciri-ciri= mementingkan kesempurnaan ,lebih tertumpu pada catan dan arca, karya banyak ditempatkan di bangunan awam ,rumah persendirian , dan  gereja.

      kaedah=karya banyak menggunakan cara teknik pencahayan                                                        sfumato,chiaruscuro,dan presfektif linear[pandangan lukisan yang                                               tepat mengggunakan aras mata].

    ALIRAN ROMANTISME= ROMANTISME Merupakan aliran tertua di dalam sejarah seni lukis modern BARAT Lukisan dengan aliran ini berusaha membangkitkan kenangan romantis dan keindahan di setiap objeknya. Pemandangan alam adalah objek yang sering diambil sebagai latar belakang lukisan. Romantisme dirintis oleh pelukis-pelukis pada zaman penjajahan Belanda dan ditularkan kepada pelukis pribumi untuk tujuan koleksi dan galeri di zaman kolonial. Salah satu tokoh terkenal dari aliran ini adalah Raden Saleh.CIRI[[lebih mementingkan semangat kewiraan]],,mementingkan ekspresi emosi dan perasaan,,mudah dikenali disebebkan mempunya gaya lebih dari biasa(SIFAT LAKONAN DITAMBAHKAN BERBANDING SIFAT NATRUAL]
  • ALIRAN EKSPRESIONISME
  • KARYA-KARYA                              
ALIRAN ROMANTISME
ALIRAN IMPRESIONISME


LEBIH INFORMASI DI=
                           https://www.youtube.com/results?search_query=history+of+art+

Monday, July 21, 2014

Sajak SEORANG JEMAAH



Sajak Seorang Jemaah oleh A. Wahab Ali

MAKSUD SAJAK 
Bahagian 1
Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.

R1: Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki dengan pakaian jubah.

R2: Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya.

R3: Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut.

R4: Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian lengkap.

R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada saudara seagama yang lain.


Bahagian 2
Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.

R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu pergi ke masjid.

R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau.

R8: Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu. Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah kembali ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal itu dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.PANDANGAN PADA SAJAK INI

Pandangan Sarwajagat

Melakukan sesuatu yang bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan, selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut.

TEMA SAJAK:
Tema sajak
Sajak ini bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam kisah seorang pesara tua ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan beriadah.



.


Sajak PAHLAWAN IALAH DIA

Abdul Ghafar Ibrahim
Dewan Sastera 2001


MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1
Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha untuk menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara.

Rangkap 2
Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.

Rangkap 3
Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya.

Rangkap 4
Khidmat pahlawan sentiasa  adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran.

Rangkap 5
Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.

Rangkap 6
Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara.

Rangkap 7
Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke hadapan.

Rangkap 8
Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai matlamat.

Rangkap 9
Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti kesusahan.

Rangkap 10
Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)

Rangkap 11
Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya.

Rangkap 12
Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh

FAHAMAN TENTANG PAHLAWAN:
Siapakah pahlawan?

Berdasarkan konteks ayat dan kata-kata dalam sajak ini, pahlawan adalah terdiri daripada mereka yang berkhidmat untuk negara yang berpakaian uniform tertentu yang meliputi angkatan tentera, polis, rela. Perkara  ini adalah berdasarkan konteks sajak yang dikarang oleh Abdul Ghafar Ibrahim yang mendapat idea menulis sajak ketika sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Dalam sambutan berkenaan, penulis telah menyaksikan perarakan pasukan yang memakai pakaian uniform tertentu temasuklah angkatan tentera.

Namun kefahaman terhadap sajak ini boleh juga difahami secara tersirat yang menjurus kepada sesiapa sahaja yang kita anggap seumpama pahlawan.










Friday, July 11, 2014

SUBJEK MATTER

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG SUBJEK MATTER?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1.SUBJEK MATTER
 :APA YANG ANDA MELIHAT DALAM SESUATU KARYA                                                           TERSEBUT .
2SUBJEK MATTER:  HARUSLAH DIKATAKAN DENGAN TEPAT SEKALI .MESTI                                                    NYATAKAN BILANGAN,JENIS,PERIHAL,WARNA,FIGURA,DLL

3SUBJEK MATER:    
CONTOHNYA  ------------>


karya yang harus dikaji oleh PELAJAR STPM [SENI VISUAL] antaranya:
                                                                                       
terdapat 3 batang pokok kelapa , ,2 orang individu [nelayan],,4 buah perahu@sampan,,2 buah rumah tradisional
2 orang individu,,lebih daripada 10 pokok kelapa 2-3 buah rumah tradisional,,1 batang tiang lampu 
12 individu,,5-6 sangkar burung,,1 ekor burung di lantai rumah,,5 batang pokok
2 batang pokok besar,,1 buah rumah rakit,,sungai pahang,,
semak samun@belukar
1.apa yg anda nmpk= NYATAKAN DENGAN SEMPURNA=1 orang individu ,,13-15 batang pokok kelapa ,,1 ekor kambing,, 1 ekor kera@monyet  kapsyen


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Tema

1]tema=ialah kesimpulan tentang kehendak@penayampaian karya

2}tema=apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pelukis dalam karya  tersebut

3]KARYA TERSEBUT MENGGAMBARKAN TENTANG APA

contoh= TEMA BAGI KARYA INI IALAH KEHIDUPAN MASYARAKAT NELAYAN DI TEPI PANTAI




                                         




TEMA BAGI KARYA INI IALAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN.












Wednesday, July 9, 2014

Sajak Pertemuan Di Hyde Park

DATU DR HAJI ADI BADIOZAMAN TUAH 

Adi dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak, di mana dia memulakan pendidikan rendahnya.Adi kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Miri, memperoleh ijazahSarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973, dan Sarjana Pendidikandalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya, dan ijazah KedoktoranPendidikan dari Universiti Bristol, U.K. pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan
Sebelum menjadi Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Adi pernahsebelum bersara daripada Perkhidmatan Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 2007, bertugas sebagai PengarahPeperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pengarah Pendidikan Sarawak, Pengarah, Maktab PerguruanBatu Lintang, Kuching, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, KementerianPendidikan Malaysia, Kuala Lumpur; Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan

Maksud Rangkap 1
: Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga.

Maksud Rangkap 2:
Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada

Maksud Rangkap 3:
Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya


Maksud Rangkap 4:
Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya.

Persoalan.

1. Menjaga amanah tanah warisan
2. Menghargai pemberian warisan keluarga
3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan kemusnahan.


Nilai masyarakat
  
*masyarakat yang memegang amanah
  Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara             beliau hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak                menimbulkan sebarang masalah . Contohnya :


Di situlah ayah sering mengingatkan
    erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
    tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
    semula menjadi milik alam semesta

* masyarakat yang berkasih sayang
 Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering
 bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti
     sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
     pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
     ketentuan dan keperluan masa 

*masyarakat yang gigih berusaha. 
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam

struktur binaan sajak


-sajak ini berbentuk bebas

-Sajak ini mempunyai 4 rangkap.

-Rima sajak ini tidak tetap
 contoh:Bila berdiri di antara pepohon rimbun
     di Hyde Park
            aku teringat sebidang tanah luas pemberian
     ayah di kampung
            betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
     setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
            kemudian dibiarkan kering dan dibakar
     dan setelah berkali-kali ditanam padi
            menjadi huma bukit milik keluarga.

-Bilangan patah perkataan dalam baris 5-6 patah perkataan 

 contoh : Atas munggu itulah aku selalu berdiri
                     bersama ayah 
              sama ada ketika padi membesar 
                     atau semasa menghalau burung pipit 
             atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi 
                     atau saja-saja santai antara panggilan emak 
             bila memerlukan air kopi 
                     atau bila kemudiannya menemani ayah 
             menanam anak getah 
                     atau membetulkan barisan ladanya.

Bilangan suku kata terpanjang ialah 18 suku kata
contoh: betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara 

Bilangan suku kata terpendek ialah 5 suku kata
contoh:bersama ayah

ANTARA GAMBAR HYDE PARK LONDON,,,,,