Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira sebagai karya asli.
kewujudan cetakan------->
2)SEJARAH CETAKAN :
1.Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China.
.Penggunaan warna dalam seni cetakan bermula pada abad ke-15.
2.Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan di Malaysia.
3.Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan.
4.Pada akhir tahun 1950-an,beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan(contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu)
5.Awal tahun 1960-an,teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan.
6.Seterusnya,diperluaskan ke sekolah-sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik.
antara cetakan yg terdapat ialah :
3)JENIS-JENIS CETAKAN
Cetakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
•Cetakan timbulan
•Cetakan benam/intaglio
•Cetakan planografi/litografi
*Cetakan stensil/serigraphy
*Cetakan stensil/serigraphy
penerangan setiap cetakan tersebut:
3.1)Cetakan Timbulan
Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.
Antara jenis cetakan timbulan ialah :
--> Cetakan lino
--> Cetakan blok kayu
--> Cetakan timbul/kolograf/kolaj
•3.1.1)CETAKAN LINO
Merupakan penerapan imej pada kertas dengan menggunakan bahan utama ialah linoleum
3.1.2)CETAKAN BLOK KAYU
Merupakan cetakan sama seperti cetakan lino tetapi mempunyai kesan cetakan berlainan
3.1.3)CETAKAN TIMBUL/KOLOGRAF/KOLAJ
Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permkaaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas
3.2) Cetakan Benam/Intaglio
*Memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada permukaan.
*Warna
atau
dakwat
cetakan
memerlukan
bahagian
benaman
untuk
dakwat
melekat
dan
seterusnya
dicetak
atas
permukaan.
*Antara kaedah mencetak jenis benam ialah :
1.Turisan (engraving)
2.Gurisan asid (etching)
3.Akuantin (aquatint)
4.Mesotin (mezzotint)
3.3) Cetakan Planografi atau Litografi
*Diperkenal dan dikembangkan proses penghasilan oleh seorang rakyat dari Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah memperkenalkan teknik seni cetakan planografi pada tahun 1798.cara PEMBUATAN:
Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi.
Teknik penolakan minyak dengan air.Permukaan imej yang telah dilukis menggunakan krayon minyak dan disapu dengan gam arab yang dicampur dengan asid nitrit.
Kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel.
Cetakan dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.
•3.4)Cetakan stensil/serigraphy
a) Imej yang dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose.
b) Cetakan stensil boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan disapukan/diletakkan dakwat pada bahagian ditebuk.Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk
c) Cetakan stensil juga boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan dijadikan panduan atau contoh dasar (template).Imej yang terhasil dari permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk pada permukaan panduan atau contoh dasar (template).
a) Imej yang dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose.
b) Cetakan stensil boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan disapukan/diletakkan dakwat pada bahagian ditebuk.Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk
c) Cetakan stensil juga boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan dijadikan panduan atau contoh dasar (template).Imej yang terhasil dari permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk pada permukaan panduan atau contoh dasar (template).
Antara bahan-bahan cetakan yang digunakan adalah :
1.Kain sutera saring
2.Pemidang
3.Imulsi(cecair kimia)
4.Sekuji(squeege)
5.Kain atau kertas
6.Kotak lampu/light box
TQ
ReplyDeleteBoleh tak tukar background colour atau tukar warna tulisan? Apa pun tak nampak, tak pastilah kalau memamng phone saya ke aoa
ReplyDeleteYour phone problem
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh saya tahu macam mana format cetakan? Yang perlu ada nama pengkarya, tarikh dan lain-lain di bawah karya cetakan tu.
ReplyDelete