Saturday, July 5, 2014

LUKISAN STPM

LUKISAN







  1. Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
  2. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
  3. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.
  4. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi,keintelektualan dan spiritual manusia.
SEJARAH LUKISAN
  1. Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba.
  2. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan tentang kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
  3. Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di Gua Niah,Sarawak dan Gua Tambun,Perak.
  4. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang perburuan,komposisi yang hampir sama,iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan palbagai bimatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada zaman itu
Media merupakan alat, bahan atau bahanantara yang dipilih untuk proses penghasilan karya dan rekaan. Contohnya, bahan seperti pensil, pen, arang dsb merupakan alat utama untuk membuat sebuah lukisan. Manakala, warna pastel dan cat minyak adalah media yang digunakan dalam penghasilan sebuah catan. Tanpa media, hasil seni tidak mungkin dihasilkan. Media terbahagi kepada:
  1. Media kering: media yang tidak melibatkan sebarang cecair seperti warna pensel, arang, krayon, pen dsb. Ia seseuai digunakan untuk membuat lukisan.
  2. Media basah: media yang melibatkan penggunaan cecair seperti air dan minyak untuk menghasilkan kesan tampak yang lebih licin seperti cat minyak, cat air, warna pastel dsb/
  3. TUJUAN PENGHASILAN

    1. Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka.
    2. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir.
    3. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentarsosial dalam sesebuah masyarakat


      JENIS-JENIS LUKISAN

      Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

      Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

      Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.

      Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.

      Lukisan Konseptual: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.

      Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.

      Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.

No comments:

Post a Comment