Nur Nadzifa Binti Nidzam
Dhalvinder Singh a/l Udham Singh
Nur Afifah Binti Zahari
Ng Zhe Qin
Azfariena Yasmien Binti Azmi
Kali ini terdapat pameran ISU NUKLEAR yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia antara kolabirasi SGI dan Soka Gakkai
Saya mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan entri yang membincangkan kaitan antara gaya hidup sihat dan isu nukelar .
Gambar Pameran Isu Nukelar Universiti Utara Malaysia
Sebelum meneruskan penulisan ini mari mengenali apakah itu Soka Gakkai dan Isu Nuklear
Soka Gakkai ialah :
a) Gerkan agama di Jepun
b) Berdasarkan ajaran oleh Nichiren
c) Agama terbaru yang paling besar di Jepun
d) Terdapat 12 juta penganut
e) Menyokong keamanan , kebudayaan dan pendidikan
f) Diasaskan oleh Makiguchi & Toda pada 1930
g) Sehingga kini kerajaan Jepun masih syak wasangka terhadap ajaran ini
Isu Nuklear :
a) Memuncak pada tahun 1970 &1980
b) Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pro nuklear dan anti nuklear
c) Negara pertama yang mengkaji nuklear ialah Jerman tetapi gagal
d) Digunakan kali pertama semasa pengeboman Hiroshima , Jepun oleh tentera Amerika
e) Sehingga bulan Oktober 2016 negara Russia mempunyai senjata nuklear yang paling banyak
f) Antara contoh pencemaran nuklear ialah pada tahun 1986 di Chernobly, Ukraine dan di Fukushima , Jepun
Kaitan antara gaya hidup sihat dan isu nuklear
Definisi gaya hidup sihat
- Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta melakukan aktiviti senaman yang mampu meningkatkan metabolisma badan.
- Komponen gaya hidup sihat ialah
a) mental
b) sosial
c) Emosi
d) Persekitaran
e) Fizikal
- Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik.
Jadi setelah mengikuti pameran ini kumpulan kami mendapati bahawa melalui ujian mahupun ledakan nuklear ia mampu mengancam manusia dari segi kesihatan iaitu :
Keracunan radiasi
Sindrom prodromal
Kematian tulang sususm
Mati sejurus serangan
Kebarakan dan kulit melecur
Kematian pusat saraf
Kerencatan sistem produksi manusia
Gambar Kesan Radiasi Nuklear Pada Manusia
Gambar Menunjukkan Jumlah Peluru Nuklear
Yang dimiliki Oleh Negara Tertentu Di Dunia
Seterusnnya kos kajian dan pembuatan nuklear secara keseluruhannya ialaih sebanyak 15 USD TRILLION , jadi ia sememangnya merupakan satu kos kewangan yang tinggi dan jika disalurkan ke saluran yang sepatutunya seperti pendidikan dan kesihatan sudah semestinya masyarakat sedunia mampu untuk menimakti kehidupan yang lebih baik dan sejahtera . Malah apabila kos kewangan nuklear disumbangkan ke saluran yang betul maka peratusan peperangan dan kematian akan berkurangan . Hal ini mampu dimanfaatkan oleh masyarakat sedunia untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat melalui iaitu melalui pembelian makanan tambahan ,melawat pusat sukan dan pembeliaan alatan sukan .
Gambar Contoh Senjata Nuklear "Little Boy " YangDilepaskan Di Jepun Oleh Tentera Amerika
Berdasarkan info yang didapati daripada pameran tersebut terdapat 300 bank di seluruh dunia yang memberi pinjaman wang kepada negara yang menghasilkan penjanaan tenaga nuklear tanpa diketahui oleh pemilik asal wang berkenaan . Hal ini seharusnya tidak terjadi kerana ia bagaikan mendorong penghasil nuklear untuk menghasilkan lebih banyak senjata nuklear yang mampu memusnahkan kehidupan dan alam ini , tetapi bayangkan jika bank berkenaan memberi duit tersebut pada badan-badan kesihatan yang mampu untuk menganjurkan aktiviti yang berteraskan kesihatan yang semestinya memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang amalan gaya hidup sihat
Seterusnya , amalan gaya hidup sihat ini akan lebih diberi keutamaan jika tenaga nuklear diambil alih tugasnya oleh tenaga alternatif seperti tenaga angin turut mampu untuk menghasilkan tengan eletrik jadi ianya mampu untuk mewujudkan kondidsi persekitaran yang lebih hijau tanpa mengancam kesihatan manusia dan alam sekeliling berbanding dengan tenaga nuklear yang mampu untuk menghasilkan kesan rumah hijau , kadar radiasi yang tinggi dan kerencatan pertumbuhan setiap benda hidup di permukaan bumi.
Melalui penggunaan nuklear , amalan gaya hidup sihat sukar dicapai kerana manusia mestilah bebas dan bersih dari sebarang kesan radioaktif tetapi malangnya , kebanyakan teknologi pada maa kini menggunakan tengan nuklear sebagai tenga utama dan jika berlaku kebocoran pada loji nuklear maka segala benda hidup di sekitarnya termasuklah manusia turut akan mengalami kerosakan genetik .
Oleh itu , untuk mencapai matlamat gaya hidup sihat ,setiap negara haruslah memikir semula tindakan mereka untuk membangunkan tenaga nuklear sebagai satu keperluan ataupun sengaja mahu menunjukan kekuatan dari aset peperangan keran terdapat lebih banyak tenaga alterantif seperti tenaga air, ombak dan solar yang lebih mesra alam dan manusia.
Lebih-lebih , lagi berdasarkan pameran tersebut , kami mendapati bahawa mana-mana negara yang masih berkecuali dlam isu nulear haruslah mencontohi tindakan yang diambil oleh negara di Asia Tenggara iaitu dengan mewujudkan Zon Bebas Tenaga Nuklear , diaman tiada satu pun kuasa besar negara yang mampu untuk membawa , melalui dan membangunkan tenaga nuklear di kawsan tersebut dan hal ini sememangnya mendorong kepada gaya hidup yang lebih sihat apabila manusia tidak terdedah kepada ancaman radiasi nuklear .
Sebagai kesimpulan , pengajaran yang kami sekumpulan dapati dari pameran ini , bahawa tidak kira kaya ,miskin , besar , kecil dan apa jua kehidupan di dunia ini , kita semua diancam oleh senjata nuklear dan selagi ia masih ada semestinya untuk mencapai matlamat gaya hidup sihat adalha agak kurang .Oleh itu uasah setiap manusia di dunia ini diperlukan untuk menghalang produksi tenaga nuklear yang mampu mengugat kesejahteraan dan kesihataan setai insan di dunia.
Berikut merupakan antara koleksi gambar kumpulan bersama pensyarah Dr. Ahmad dan video penerangan oleh pengendali pameran
Gambar Bersama Pensyarah
Gambar Kumpulan Bersama Pensyarah
Gambar Ahli Kumpulan
Gambar Menunjukkan Penerangan Sedang Diberikan
Gambar Pengandali Pameran
Memberikan Keterangan
No comments:
Post a Comment