Ujian Medsi ialah ujian yang bakal dihadapi oleh calon-calon bakal guru di Malaysia , jika lulus ujian Medsi yang mengandungi 300 soalan maka calon layak dipanggil temuduga pendidikan . 300 soalan Medsi perlulah dijawab dalam masa 1 jam sahaja, tetapi masa menjawab mungkin berubah bergantung pada dasar peperiksaan .
Dalam masa 1 jam sudah semestinya setiap saat yang berlalu bagaikan mutiara , jadi calon mestilah harus tidak membazirkan masa walau sedetik kerana jika terlalai maka masa depan calon akan berubah kerana dalam hal sebegini ujian ini merupakan antara yang memainkan peranan terpenting dalam kahidupan jadi berjuanglah bagai seorang pejuang di medan perang tanpa rasa takut dan penuh semangat keguruan berhadapan dengan setiap soalan kerana setiap soalan yang bakal diterima oleh calon akan menilai-
i) Persoanaliti
ii) Minat kerjaya
iii) Intergriti
iv) Kecerdasan emosi
Soalan Medsi dipecahkan mengikut 4 item , oleh itu setiap item mempunyai soalan yang berbeza yang bakal diajukan tetapi secara asanya masih berkaitan dengan prospek kerjaya seorang guru .
Item pertama dan kedua mempunyai pilihan jawapan Setuju & Tidak setuju sahaja .
Item ketiga dan keempat mempunyai pilihan jawapan Sangat tidak setuju , Tidak setuju , Setuju dan Sangat setuju .
Untuk menjawab item soalan 4 pilihan jawapan , calon perlulah mencari penegasan dan penekanan dalam setiap soalan dan haruslah menjawab berdasarkan ciri-ciri seorang guru .
Pada masa kini , buku rujukan ujian Medsi telah menjadi antara buku yang sangat terhad didapati di pasaran atas pelbagai faktor . Malah kedai-kedai buku terkemuka di Malaysia turut kurang menjual buku tersebut atau tidak lagi meminta stok baharu khususnya di bandar besar yang menjadi tumpuan calon Medsi . Oleh itu , hanya beberapa buah kedai buku yang kurang menjadi tumpuan calon Medsi di Malaysia mungkin masih menjual buku tersebut tetapi berformatkan versi lama yang masih boleh dijadikan rujukan asas . Hal ini menunjukkan jika anda mempunyai buku Medsi khususnya yang mempunyai 2 set soalan maka hargailah buku tersebut kerana ia boleh dijadikan rujukan buat diri sendiri mahupun generasi akan datang untuk mengahdapi ujian Medsi .
TIPS menjawab ujian medsi
1) Yakin sebagai seorang guru
2) Sentiasa jujur dalam setiap kondisi
3) Jangan tipu
4) Pandai membaca/menganalisis soalan yang bersifat tipu helah
1) Yakin sebagai seorang guru
2) Sentiasa jujur dalam setiap kondisi
3) Jangan tipu
4) Pandai membaca/menganalisis soalan yang bersifat tipu helah