Monday, July 21, 2014

Sajak SEORANG JEMAAH



Sajak Seorang Jemaah oleh A. Wahab Ali

MAKSUD SAJAK 
Bahagian 1
Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.

R1: Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki dengan pakaian jubah.

R2: Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya.

R3: Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut.

R4: Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian lengkap.

R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada saudara seagama yang lain.


Bahagian 2
Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.

R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu pergi ke masjid.

R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau.

R8: Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu. Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah kembali ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal itu dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.PANDANGAN PADA SAJAK INI

Pandangan Sarwajagat

Melakukan sesuatu yang bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan, selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut.

TEMA SAJAK:
Tema sajak
Sajak ini bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam kisah seorang pesara tua ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan beriadah.



.


Sajak PAHLAWAN IALAH DIA

Abdul Ghafar Ibrahim
Dewan Sastera 2001


MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1
Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha untuk menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara.

Rangkap 2
Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.

Rangkap 3
Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya.

Rangkap 4
Khidmat pahlawan sentiasa  adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran.

Rangkap 5
Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.

Rangkap 6
Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara.

Rangkap 7
Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke hadapan.

Rangkap 8
Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai matlamat.

Rangkap 9
Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti kesusahan.

Rangkap 10
Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)

Rangkap 11
Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya.

Rangkap 12
Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh

FAHAMAN TENTANG PAHLAWAN:
Siapakah pahlawan?

Berdasarkan konteks ayat dan kata-kata dalam sajak ini, pahlawan adalah terdiri daripada mereka yang berkhidmat untuk negara yang berpakaian uniform tertentu yang meliputi angkatan tentera, polis, rela. Perkara  ini adalah berdasarkan konteks sajak yang dikarang oleh Abdul Ghafar Ibrahim yang mendapat idea menulis sajak ketika sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Dalam sambutan berkenaan, penulis telah menyaksikan perarakan pasukan yang memakai pakaian uniform tertentu temasuklah angkatan tentera.

Namun kefahaman terhadap sajak ini boleh juga difahami secara tersirat yang menjurus kepada sesiapa sahaja yang kita anggap seumpama pahlawan.










Friday, July 11, 2014

SUBJEK MATTER

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG SUBJEK MATTER?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1.SUBJEK MATTER
 :APA YANG ANDA MELIHAT DALAM SESUATU KARYA                                                           TERSEBUT .
2SUBJEK MATTER:  HARUSLAH DIKATAKAN DENGAN TEPAT SEKALI .MESTI                                                    NYATAKAN BILANGAN,JENIS,PERIHAL,WARNA,FIGURA,DLL

3SUBJEK MATER:    
CONTOHNYA  ------------>


karya yang harus dikaji oleh PELAJAR STPM [SENI VISUAL] antaranya:
                                                                                       
terdapat 3 batang pokok kelapa , ,2 orang individu [nelayan],,4 buah perahu@sampan,,2 buah rumah tradisional
2 orang individu,,lebih daripada 10 pokok kelapa 2-3 buah rumah tradisional,,1 batang tiang lampu 
12 individu,,5-6 sangkar burung,,1 ekor burung di lantai rumah,,5 batang pokok
2 batang pokok besar,,1 buah rumah rakit,,sungai pahang,,
semak samun@belukar
1.apa yg anda nmpk= NYATAKAN DENGAN SEMPURNA=1 orang individu ,,13-15 batang pokok kelapa ,,1 ekor kambing,, 1 ekor kera@monyet  kapsyen


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Tema

1]tema=ialah kesimpulan tentang kehendak@penayampaian karya

2}tema=apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pelukis dalam karya  tersebut

3]KARYA TERSEBUT MENGGAMBARKAN TENTANG APA

contoh= TEMA BAGI KARYA INI IALAH KEHIDUPAN MASYARAKAT NELAYAN DI TEPI PANTAI




                                         




TEMA BAGI KARYA INI IALAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN.












Wednesday, July 9, 2014

Sajak Pertemuan Di Hyde Park

DATU DR HAJI ADI BADIOZAMAN TUAH 

Adi dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak, di mana dia memulakan pendidikan rendahnya.Adi kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Mirimemperoleh ijazahSarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973, dan Sarjana Pendidikandalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya, dan ijazah KedoktoranPendidikan dari Universiti Bristol, U.K. pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan
Sebelum menjadi Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Adi pernahsebelum bersara daripada Perkhidmatan Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 2007, bertugas sebagai PengarahPeperiksaanLembaga Peperiksaan Malaysia, Pengarah Pendidikan Sarawak, PengarahMaktab PerguruanBatu LintangKuchingKetua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Muriddi Bahagian SekolahKementerianPendidikan Malaysia, Kuala Lumpur; Ketua SektorSektor Pengurusan Perkhidmatan

Maksud Rangkap 1
: Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga.

Maksud Rangkap 2:
Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada

Maksud Rangkap 3:
Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya


Maksud Rangkap 4:
Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya.

Persoalan.

1. Menjaga amanah tanah warisan
2. Menghargai pemberian warisan keluarga
3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan kemusnahan.


Nilai masyarakat
  
*masyarakat yang memegang amanah
  Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara             beliau hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak                menimbulkan sebarang masalah . Contohnya :


Di situlah ayah sering mengingatkan
    erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
    tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
    semula menjadi milik alam semesta

masyarakat yang berkasih sayang
 Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering
 bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti
     sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
     pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
     ketentuan dan keperluan masa 

*masyarakat yang gigih berusaha. 
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam

struktur binaan sajak


-sajak ini berbentuk bebas

-Sajak ini mempunyai 4 rangkap.

-Rima sajak ini tidak tetap
 contoh:Bila berdiri di antara pepohon rimbun
     di Hyde Park
            aku teringat sebidang tanah luas pemberian
     ayah di kampung
            betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
     setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
            kemudian dibiarkan kering dan dibakar
     dan setelah berkali-kali ditanam padi
            menjadi huma bukit milik keluarga.

-Bilangan patah perkataan dalam baris 5-6 patah perkataan 

 contoh : Atas munggu itulah aku selalu berdiri
                     bersama ayah 
              sama ada ketika padi membesar 
                     atau semasa menghalau burung pipit 
             atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi 
                     atau saja-saja santai antara panggilan emak 
             bila memerlukan air kopi 
                     atau bila kemudiannya menemani ayah 
             menanam anak getah 
                     atau membetulkan barisan ladanya.

Bilangan suku kata terpanjang ialah 18 suku kata
contoh: betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara 

Bilangan suku kata terpendek ialah 5 suku kata
contoh:bersama ayah

ANTARA GAMBAR HYDE PARK LONDON,,,,,














Tuesday, July 8, 2014

MENDUDUKI RUMAH BARU

MENDUDUKI RUMAH BARU

MAKSUD:

penggunaan ayat dengan kalam Allah
memulakan mantera dengan tiga jenis tepung
agar tidak mendatangkan kesusahan kepada tuan rumah
TEMA:
adat menduduki rumah baru agar berharap tuan rumah tidak ditimpa kecelakaan

PERSOALAN:
cara-cara menduduki rumah baru atau dat menduduki rumah baru agar tuan rumah dapat menduduki rumah baru dengan selamat

FUNGSI:

memagari rumah dari semangat jahat
memastikan tuan rumah dapat menduduki rumah baru dengan aman dan selamat.
CIRI-CIRI:

1 rangkap
1 rangkap mempunyai 17 baris
3-4 patah perkataan
tidak terikat
rima akhir bebas
berbentuk naratif
penggunaan bahasa mantera
mempunyai  sehingga 14 suku kata


NILAI KEMASYARAKATAN:

masyarakat yang pentingkan adat
masyarakat yang percaya agama masing-masing
masyarakat yang kurang mengamalkan agama islam
masyarakat yang menyimpan/menaruh harapan yang positif
masyarakat yang menaruh harapan pada makhluk halus


Penggunaan bahasa asing iaitu bahsa arab
Contoh : B1 dan B17
              Bismi’llahi ‘l-Rahmani ‘l-Rahim
              La ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah

Ansonasi: pengulangan huruf vocal
Contoh: tepung tawar tepung jati (B2)
            > pengulangan vocal A sebanyak 3 kali<

Aliterasi: pengulangan huruf konsenan
contoh: tepung tawar tepung jati (B2)
           >pengulangan konsenan T sebanyak 4 kali<

Anaphora: pengulangan kata di awal baris
Contoh: jangan sakit jangan mati (B5)
             jangan cela jangan binasa (B6)
            jangan punah jangan ranah (B7)

Responsi: pengulangan kata di tengah baris
Contoh: jangan sakit jangan mati (B5)
             jangan cela jangan binasa (B6)
            jangan punah jangan ranah (B7)

Epifora: pengulangan kata di akhir baris
Contoh: ketiga dengan tepung kedangsa (B3)
             Ketiga dengan tepung kedangsa (B9)

Repitasi: pengulangan kata dalam baris yang sama
Contoh: tepung tawar tepung jati

Hiperbola: menyatakan sesuatu secara berlebihan
Contoh: naik emas berkati-kati (B10)
             naik orang beribu laksa (B11)

Kata ganda
contoh: berkati-kati (B10)

Personafikasi: sifat manusia diberi kepada alam







Saturday, July 5, 2014

LUKISAN STPM

LUKISAN







  1. Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
  2. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
  3. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.
  4. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi,keintelektualan dan spiritual manusia.
SEJARAH LUKISAN
  1. Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba.
  2. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan tentang kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
  3. Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di Gua Niah,Sarawak dan Gua Tambun,Perak.
  4. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang perburuan,komposisi yang hampir sama,iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan palbagai bimatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada zaman itu
Media merupakan alat, bahan atau bahanantara yang dipilih untuk proses penghasilan karya dan rekaan. Contohnya, bahan seperti pensil, pen, arang dsb merupakan alat utama untuk membuat sebuah lukisan. Manakala, warna pastel dan cat minyak adalah media yang digunakan dalam penghasilan sebuah catan. Tanpa media, hasil seni tidak mungkin dihasilkan. Media terbahagi kepada:
  1. Media kering: media yang tidak melibatkan sebarang cecair seperti warna pensel, arang, krayon, pen dsb. Ia seseuai digunakan untuk membuat lukisan.
  2. Media basah: media yang melibatkan penggunaan cecair seperti air dan minyak untuk menghasilkan kesan tampak yang lebih licin seperti cat minyak, cat air, warna pastel dsb/
  3. TUJUAN PENGHASILAN

    1. Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka.
    2. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir.
    3. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentarsosial dalam sesebuah masyarakat


      JENIS-JENIS LUKISAN

      Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

      Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

      Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.

      Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.

      Lukisan Konseptual: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.

      Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.

      Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.

SENI CETAKAN STPM

DEFINISI CETAKAN :Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang                                               sama berulang kali.Seni cetak dalam penghasilan karya                                                    memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan karya.
                                          Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira                                                        sebagai karya asli.


kewujudan cetakan------->


2)SEJARAH CETAKAN :
1.Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China.

.
Penggunaan warna dalam seni cetakan bermula pada abad ke-15.

2.
Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan di Malaysia.

3.
Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan.

4.
Pada akhir tahun 1950-an,beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan(contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu)

5.
Awal tahun 1960-an,teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan.

6.
Seterusnya,diperluaskan ke sekolah-sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik.

antara cetakan yg terdapat ialah :

3)JENIS-JENIS CETAKAN

 
Cetakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
Cetakan timbulan
Cetakan benam/intaglio

Cetakan planografi/litografi
*
Cetakan stensil/serigraphy

penerangan setiap cetakan tersebut:
3.1
)Cetakan Timbulan

Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.
Antara jenis cetakan timbulan ialah :
                               --> Cetakan lino
                               --> Cetakan blok kayu
                               --> Cetakan timbul/kolograf/kolaj


3.1.1)CETAKAN  LINO
Merupakan penerapan imej pada kertas dengan menggunakan bahan utama ialah  linoleum

3.1.2)CETAKAN BLOK KAYU
Merupakan cetakan sama seperti cetakan lino tetapi mempunyai kesan cetakan berlainan

3.1.3)CETAKAN TIMBUL/KOLOGRAF/KOLAJ
Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan  dakwat atau warna  pada permkaaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas

3.2) Cetakan Benam/Intaglio

*
Memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada permukaan.
*Warna atau dakwat cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat melekat dan seterusnya dicetak atas permukaan.

*
Antara kaedah mencetak jenis benam ialah
1.Turisan (engraving)
2.Gurisan asid (etching)
3.Akuantin (aquatint)
4.Mesotin (mezzotint)

3.3) Cetakan Planografi atau Litografi
*
Diperkenal dan dikembangkan proses penghasilan oleh seorang rakyat dari Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah memperkenalkan teknik seni cetakan planografi pada tahun 1798.cara PEMBUATAN:
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok untuk menghasilkan imej cetakan.
Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi.
Teknik penolakan minyak dengan air.Permukaan imej yang telah dilukis menggunakan krayon minyak dan disapu dengan gam arab yang dicampur dengan asid nitrit.
Kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel.
Cetakan dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.



3.4)Cetakan stensil/serigraphy

a
) Imej yang dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose.

 b)
Cetakan stensil boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan disapukan/diletakkan dakwat pada bahagian ditebuk.Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk
c)
Cetakan stensil juga boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan dijadikan panduan atau contoh dasar (template).Imej yang terhasil dari permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk pada permukaan panduan atau contoh dasar (template).

Antara bahan-bahan cetakan yang digunakan adalah :

1.
Kain sutera saring 

2.
Pemidang 

3.
Imulsi(cecair kimia)

4.
Sekuji(squeege)

5.
Kain atau kertas

6.
Kotak lampu/light box