Wednesday, October 5, 2016

Gaya Hidup Sihat Dan Isu Nuklear

Pameran Isu Nuklear Di Universiti Utara Malaysia 
Nur Nadzifa Binti Nidzam
Dhalvinder Singh a/l Udham Singh
Nur Afifah Binti Zahari
Ng Zhe Qin
Azfariena Yasmien Binti Azmi



Kali ini terdapat pameran ISU NUKLEAR yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia antara kolabirasi SGI dan Soka Gakkai

Saya mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan entri  yang  membincangkan kaitan antara gaya hidup sihat dan  isu nukelar .

                                                    
                                         Gambar Pameran Isu Nukelar Universiti Utara Malaysia 


Sebelum meneruskan penulisan ini mari mengenali apakah itu Soka Gakkai dan  Isu Nuklear

Soka Gakkai ialah :

a) Gerkan agama di Jepun
b) Berdasarkan ajaran oleh Nichiren
c) Agama terbaru yang paling besar di Jepun
d) Terdapat 12 juta penganut
e) Menyokong keamanan , kebudayaan dan pendidikan
f) Diasaskan oleh Makiguchi & Toda pada 1930
g) Sehingga kini kerajaan Jepun masih syak wasangka terhadap ajaran ini

Isu Nuklear  :

a) Memuncak pada tahun 1970 &1980
b) Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pro nuklear dan anti nuklear
c) Negara pertama yang mengkaji nuklear ialah Jerman tetapi gagal
d) Digunakan kali pertama semasa pengeboman Hiroshima , Jepun oleh tentera Amerika
e) Sehingga bulan Oktober 2016 negara Russia mempunyai senjata nuklear yang paling banyak
f) Antara contoh pencemaran nuklear ialah pada tahun 1986 di Chernobly, Ukraine dan di Fukushima     , Jepun

Kaitan antara gaya hidup sihat dan isu nuklear

Definisi gaya hidup sihat
  • Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta melakukan aktiviti senaman yang mampu meningkatkan metabolisma badan. 

  • Komponen gaya hidup sihat ialah

    a) mental
    b) sosial
    c) Emosi
    d) Persekitaran
    e) Fizikal
Definisi tenaga nuklear

Berdasarkan pameran yang dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia yang berkaitan dengan isu nuklear kumpulan kami diberi tugas untuk mengupas apakah kaitan antara gaya hidup sihat dan juga isu nuklear ,



Jadi setelah mengikuti pameran ini kumpulan kami mendapati bahawa melalui ujian mahupun ledakan nuklear ia mampu mengancam manusia dari segi kesihatan iaitu :

Keracunan radiasi
Sindrom prodromal
Kematian tulang sususm
Mati sejurus serangan
Kebarakan dan kulit melecur
Kematian pusat saraf
Kerencatan sistem produksi manusia

                                         Gambar Kesan Radiasi Nuklear Pada Manusia


                                                                   
                                         
                                         Gambar Menunjukkan Jumlah Peluru Nuklear
                                           Yang dimiliki Oleh Negara Tertentu Di Dunia



Seterusnnya kos kajian dan pembuatan  nuklear secara keseluruhannya ialaih sebanyak 15 USD TRILLION , jadi ia sememangnya merupakan satu kos kewangan yang tinggi dan jika disalurkan ke saluran yang sepatutunya seperti pendidikan dan kesihatan sudah semestinya masyarakat sedunia mampu untuk menimakti kehidupan yang lebih baik dan sejahtera . Malah apabila kos kewangan nuklear disumbangkan ke saluran yang betul maka peratusan peperangan dan kematian akan berkurangan . Hal ini mampu dimanfaatkan oleh masyarakat sedunia  untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat melalui iaitu melalui pembelian makanan tambahan ,melawat pusat sukan dan pembeliaan alatan sukan .
                                         Gambar Contoh Senjata Nuklear "Little Boy "  Yang
                                                  Dilepaskan Di Jepun Oleh Tentera Amerika


Berdasarkan info yang didapati daripada pameran tersebut terdapat 300 bank di seluruh dunia yang memberi pinjaman wang kepada  negara yang menghasilkan penjanaan tenaga nuklear tanpa diketahui oleh  pemilik asal wang berkenaan . Hal ini seharusnya tidak terjadi kerana ia bagaikan mendorong penghasil nuklear untuk menghasilkan lebih banyak senjata nuklear yang mampu memusnahkan kehidupan dan alam ini , tetapi bayangkan jika bank berkenaan memberi duit tersebut pada badan-badan kesihatan yang mampu untuk menganjurkan aktiviti yang berteraskan kesihatan yang semestinya memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang amalan gaya hidup sihat


                                                         
                                     Gambar Tenaga Angin Yang Mampu Menjadi Tenaga Alternatif

Seterusnya , amalan gaya hidup sihat ini akan lebih diberi keutamaan jika tenaga nuklear diambil alih tugasnya oleh tenaga alternatif seperti tenaga angin turut mampu untuk menghasilkan tengan eletrik jadi ianya mampu untuk mewujudkan kondidsi persekitaran yang lebih hijau tanpa mengancam kesihatan manusia dan alam sekeliling berbanding dengan tenaga nuklear yang mampu untuk menghasilkan kesan rumah hijau , kadar radiasi yang tinggi dan kerencatan pertumbuhan setiap benda hidup di permukaan bumi.

Melalui penggunaan nuklear , amalan gaya hidup sihat sukar dicapai kerana manusia mestilah bebas dan bersih dari sebarang kesan radioaktif tetapi malangnya , kebanyakan teknologi pada maa kini menggunakan tengan nuklear sebagai tenga utama dan jika berlaku kebocoran pada loji nuklear maka segala benda hidup di sekitarnya termasuklah manusia turut akan mengalami kerosakan genetik .

Oleh itu , untuk mencapai matlamat gaya hidup sihat ,setiap negara haruslah memikir semula tindakan mereka untuk membangunkan tenaga nuklear sebagai satu keperluan ataupun sengaja mahu menunjukan kekuatan dari aset peperangan keran terdapat lebih banyak tenaga alterantif seperti tenaga air, ombak dan solar yang lebih mesra alam dan manusia.

Lebih-lebih , lagi berdasarkan pameran tersebut , kami mendapati bahawa mana-mana negara yang masih berkecuali dlam isu nulear haruslah mencontohi tindakan yang diambil oleh negara di Asia Tenggara iaitu dengan mewujudkan Zon Bebas Tenaga Nuklear , diaman tiada satu pun kuasa besar negara yang mampu untuk membawa , melalui dan membangunkan tenaga nuklear di kawsan tersebut dan hal ini sememangnya mendorong kepada gaya hidup yang lebih sihat apabila manusia tidak terdedah kepada ancaman radiasi nuklear .



                                                         
                                                      Gambar Lokasi Zon Bebas Tenaga Nuklear

Sebagai kesimpulan , pengajaran yang kami sekumpulan dapati dari pameran ini , bahawa tidak kira kaya ,miskin , besar , kecil dan apa jua kehidupan di dunia ini , kita semua diancam oleh senjata nuklear dan selagi ia masih ada semestinya untuk mencapai matlamat gaya hidup sihat adalha agak kurang .Oleh itu uasah setiap manusia di dunia ini diperlukan untuk menghalang produksi tenaga nuklear yang mampu mengugat kesejahteraan dan kesihataan setai insan di dunia.



Berikut merupakan antara koleksi gambar kumpulan bersama pensyarah Dr. Ahmad dan video penerangan oleh pengendali pameran

 
             Gambar Bersama Pensyarah 
                                                                       
                                                         
                                                                              Gambar Kumpulan Bersama Pensyarah                                                  




                   Gambar Ahli Kumpulan

                                                                                                     

                                                                                                 
                                                                                       Gambar Menunjukkan Penerangan                                                                                                                          Sedang Diberikan                          
   
Gambar Pengandali Pameran 
    Memberikan Keterangan
                 
                                                                  

Friday, May 27, 2016

UJIAN MEDSI


Ujian Medsi ialah  ujian yang bakal dihadapi oleh calon-calon bakal guru di Malaysia  , jika lulus ujian Medsi yang mengandungi 300 soalan maka calon layak dipanggil temuduga pendidikan . 300 soalan Medsi perlulah dijawab dalam masa 1 jam sahaja,  tetapi masa menjawab mungkin berubah bergantung pada dasar peperiksaan .

Dalam masa 1 jam sudah semestinya setiap saat yang berlalu bagaikan mutiara , jadi calon mestilah harus tidak membazirkan masa walau sedetik kerana jika terlalai maka masa depan calon akan berubah kerana dalam hal sebegini ujian ini merupakan antara yang memainkan peranan terpenting dalam kahidupan jadi berjuanglah bagai seorang pejuang di medan perang tanpa rasa takut dan penuh semangat keguruan berhadapan dengan setiap soalan kerana setiap soalan yang bakal diterima oleh calon akan menilai-

i)   Persoanaliti
ii)  Minat kerjaya
iii) Intergriti
iv) Kecerdasan emosi


Soalan Medsi dipecahkan mengikut
4 item , oleh itu setiap item mempunyai soalan yang berbeza yang bakal diajukan tetapi secara asanya masih berkaitan dengan prospek kerjaya seorang guru .


Item pertama dan kedua mempunyai pilihan jawapan Setuju & Tidak setuju sahaja .
Item ketiga dan keempat mempunyai pilihan jawapan Sangat tidak setuju , Tidak setuju , Setuju dan Sangat setuju .

Untuk menjawab item soalan 4 pilihan jawapan , calon perlulah mencari penegasan dan penekanan dalam setiap soalan dan haruslah menjawab berdasarkan ciri-ciri seorang guru .

Pada masa kini , buku rujukan ujian Medsi telah menjadi antara buku  yang sangat terhad didapati di pasaran atas pelbagai faktor . Malah kedai-kedai buku terkemuka di Malaysia turut kurang menjual buku tersebut atau tidak lagi meminta stok baharu khususnya di bandar besar yang menjadi tumpuan calon Medsi . Oleh itu , hanya beberapa buah kedai buku yang kurang menjadi tumpuan calon Medsi di Malaysia mungkin masih menjual buku tersebut tetapi berformatkan versi lama yang masih boleh dijadikan rujukan asas . Hal ini menunjukkan jika anda mempunyai buku Medsi khususnya yang mempunyai 2 set soalan maka hargailah buku tersebut kerana ia  boleh dijadikan rujukan buat diri sendiri mahupun generasi akan datang untuk mengahdapi ujian Medsi .


TIPS menjawab ujian medsi

1) Yakin sebagai seorang guru
2) Sentiasa jujur dalam setiap kondisi
3) Jangan tipu
4) Pandai membaca/menganalisis soalan yang bersifat tipu helah